Tuesday, October 22, 2024
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Alcaraz sasar lebih banyak kejayaan

    LONDON, 17 JUN – Juara Terbuka Perancis, Carlos Alcaraz telah meletakkan sasaran untuk mencatat lebih banyak kejayaan di gelanggang rumput selepas meraih gelaran pertamanya di gelanggang tanah liat di Roland Garros.

    Pemain berusia 21 tahun itu menjadi lelaki termuda memenangi gelaran utama di ketiga-tiga permukaan – rumput, gelanggang keras dan tanah liat – dengan kemenangan lima set ke atas Alexander Zverev di Paris baru-baru ini.

    Namun kini perhatian Alcaraz telah beralih kepada lebih banyak gelaran di gelanggang rumput, dengan pemain Sepanyol itu ingin mengulangi kejayaan berganda di London tahun lalu apabila kemenangan di Queen’s Club disusuli dengan kemenangan sulung Wimbledon.

    Ia telah menjadi minggu yang bersejarah bagi Alcaraz, dengan kejayaannya di Terbuka Perancis diikuti dengan berita bahawa dia akan bergandingan dengan raja Roland Garros sebanyak 14 kali, Rafael Nadal pada Sukan Olimpik di Paris bulan depan.

    “Saya mengambil beberapa hari cuti, saya pergi ke Ibiza bersama sekumpulan kawan. Saya berseronok, saya menikmati masa saya,” kata Alcaraz kepada wartawan di Queen’s Club kelmarin.

    “Jelas sekali Roland Garros adalah dua minggu yang hebat untuk saya, impian menjadi kenyataan untuk menjulang trofi tetapi sekarang fokus saya harus ada di sini di atas gelanggang rumput.

    “Untuk bersedia secepat mungkin agar saya dapat bermain tenis dengan baik di Queen’s Club dan jelas sekali untuk bersedia dalam Wimbledon.

    “Sekarang tumpuan saya adalah pada musim rumput, dua kejohanan tersebut dan selepas itu fokus saya akan kembali pada tanah liat dan bermain tenis terbaik saya di Sukan Olimpik.” – AFP

    Alcaraz meraikan kemenangan dengan saudara mara termasuk ibu bapanya di Court Philippe-Chatrier pada Kejohanan Terbuka Perancis di Kompleks Roland Garros di Paris pada 9 Jun. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda