SAN FRANCISCO, 24 Feb – Persaingan untuk memajukan kenderaan pandu sendiri berdepan perubahan baru semalam apabila syarikat induk Google, Alphabet memfailkan tindakan mahkamah ke atas Uber, dengan menuduhnya mencuri teknologi.
Alphabet mengatakan pengurus di anak syarikat kereta autonominya Waymo telah membawa bersamanya data teknikal apabila dia meninggalkan syarikat itu untuk melancarkan usaha bersaingan yang menjadi Otto, unit kenderaan pandu sendiri Uber, dalam perjanjian yang dilaporkan bernilai $680 juta.
“Otto dan Uber telah mengambil harta intelek Waymo supaya mereka boleh mengelak menanggung risiko, masa dan perbelanjaan untuk memajukan teknologi mereka sendiri,” Waymo berkata dalam pengemukaan tindakan di mahkamah persekutuan San Francisco.
Waymo juga mahu ganti rugi yang tidak dinyatakannya dalam apa yang dihuraikannya dalam dokumen mahkamah sebagai ‘tindakan bagi penggelapan rahsia perdagangan, pencabulan paten dan persaingan tidak adil.”
Syarikat itu mengatakan bahawa ‘pencurian teknologinya yang telah diaturkan awal’ telah memancing para pekerja Otto lebih setengah bilion dolar dan membolehkan Uber menghidupkan semula program yang telah terbantut, kesemuanya menjejaskan Waymo.”
Memberi respons kepada permintaan AFP bagi mendapatkan komen, seorang jurucakap wanita Uber menyatakan dalam e-mel bahawa ‘kami telah mengambil serius dakwaan yang dibuat ke atas Otto dan kakitangan Uber dan kami akan mengkaji perkara ini dengan berhati-hati.”
Perkhidmatan perkongsian perjalanan yang beribu pejabat di California ini telah memperoleh Otto, syarikat baru pengangkutan komersial yang menumpu pada teknologi tahun lalu ketika ia meneruskan dengan usahanya dalam teknologi pandu sendiri.
Anthony Levandowski, pengasas bersama Otto, syairkat baru yang mempunyai 90 orang kakitangan, diberikan tanggung jawab ke atas usaha Uber untuk memajukan teknologi pandu sendiri bagi pemanduan peribadi, penghantaran dan pengangkutan.
Tindakan undang-undang Waymo menyatakan bahawa Levandowski telah memuat turun lebih 14,000 fail proprietari dari server rekaan amat sulit ke komputer riba pada Disember 2015.
Seminggu kemudian, selepas mengalihkan kad simpanan data, Levandowski memformat semula komputer riba syarikat dalam apa yang ditegaskan oleh tindakan mahkamah itu percubaan untuk memadamkan sebarang jejak apa yang telah berlaku kepada data yang dimuat turun. – AFP