Thursday, June 27, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    Amalan diet Mi Joo merisaukan peminat

    Ramai peminat terkejut apabila rutin pemakanan penyanyi K-Pop, Lee Mi Joo dikatakan terlampau menyeksa dirinya sendiri bagi mendapatkan bentuk badan yang dimahukan.

    Memetik laporan mStar, Mi Joo, 31, mendedahkan dirinya hanya makan sekali sehari untuk mengekalkan berat badan.

    Lebih mengejutkan apabila beliau tidak mengambil makanan yang mengenyangkan sebaliknya hanya memakan hidangan salad dan air untuk mengisi perutnya.

    “Saya bangun tidur dan tidak akan makan apa-apa sehingga jam 4 petang.

    “Saya hanya akan minum air dan makan salad saja pada jam 5 petang, setiap hari,” kongsinya.

    Mi Joo berkongsi perkara itu ketika menjadi tetamu rancangan reality Hangout With Yoo.

    Rata-rata warganet meluahkan rasa bimbang terhadap kesihatan Mi Joo selain menganggap rutin tersebut akan memudaratkan dirinya sendiri.

    “Saya harap tiada siapa ikut rutin pemakanan beliau… Bahaya!

    “Macam mana beliau boleh hidup dengan makan salad? Kenyang ke?,” antara komen warganet. – Agensi

    Ramai peminat risau akan kesihatan Mi Joo. – Allkpop
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea S, AS, Jepun mula latihan ketenteraan

    SEOUL, 27 JUN - Korea Selatan, Amerika Syarikat (AS) dan Jepun memulakan latihan ketenteraan baru yang besar hari ini, kata Ketua Turus Bersama Seoul,...