Tuesday, March 5, 2024
32.5 C
Brunei

    -

    Amaran angin kencang, laut bergelora di Laut China Selatan

    KUALA LUMPUR, 7 FEB – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan, berkuat kuasa Ahad ini hingga Selasa.

    MetMalaysia dalam kenyataan hari ini juga memaklumkan, ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang berpotensi berlaku di beberapa tempat di kawasan pedalaman dan barat Semenanjung, Sarawak dan Sabah, selain jangkaan cuaca kering dan panas dengan suhu melebihi 35 darjah Celsius di negeri-negeri utara Semenanjung.

    “Amaran dikeluarkan berdasarkan analisis model cuaca, luruan monsun dijangka berlaku pada 10 hingga 13 Februari.

    “Keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di Sarawak dan timur Sabah, serta angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan dalam tempoh berkenaan,” menurut kenyataan itu. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    24 nelayan diselamatkan di laut berombak kuat, 1 ditemui mati

    TOKYO, 5 MAC - Sebuah helikopter pengawal pantai Jepun menyelamatkan 24 nelayan ketika mereka bermati-matian berpaut pada geladak sebuah kapal yang condong, separuh tenggelam...