Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Rom pulih tiang lebih seribu tahun

    ROM, 7 FEB – Bandar lama paling agung di Rom kini telah memulihkan sebahagian daripada kegemilangan asalnya dengan pembinaan semula tiang basilica Trajan yang mengagumkan – menggunakan dana daripada oligarki Rusia.

    Pemulihan sebahagian daripada Basilica Ulpia, yang menjulang tinggi melewati bandar purba Itali selama lebih seribu tahun, membantu menghidupkan kembali keagungan dan kehebatan monumen marmar asalnya.

    Walaupun kebanyakan kerja pemulihan di runtuhan Rom yang terdapat di mana-mana biasanya menumpukan kepada bahagian bawah tanah, tetapi pembinaan semula tiang Corinthian dua tingkat basilica itu telah menumpu pada bahagian atas monumen setinggi lebih 23 meter itu.

    Pembinaan semula tiang separa dua tingkat Basilica Ulpia di bandar purba Trajan, di Rom pada 2 Februari. – AFP

    “Jika pelawat tidak dapat merasakan ketinggian monumen, mereka tidak akan memahami maksud seni bina itu,” kata Claudio Parisi Presicce, pegawai tertinggi warisan budaya Rom, kepada AFP semasa melawat tapak itu.

    Basilica Ulpia adalah bahagian tengah Bandar Lama Trajan, yang terbesar dan terakhir bandar purba empayar, dinamakan sempena Marcus Ulpius Traianus, maharaja dari 98 hingga 117 Masihi.

    Dirasmikan pada abad kedua, ia kebanyakannya runtuh semasa Zaman Pertengahan, tetapi telah digali melalui kerja-kerja penggalian pada awal abad ke-19 dan 1930an.

    Projek itu, yang bermula pada 2021, mengenal pasti tiga tiang marmar hijau yang telah terbiar selama hampir 100 tahun ‘disandarkan di sudut basilica, tanpa kaitan dengan pelan lantai,’ kata Parisi Presicce.

    Jurutera mengembalikannya ke tempat yang sepatutnya di atas empat tiang granit yang menandakan perimeter luar ruang pertama basilica. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...