KUALA LUMPUR, 22 DIS – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi beberapa kawasan di Sabah dan Labuan hari ini.
Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip dalam kenyataan berkata di Sabah, ia melibatkan kawasan Pedalaman iaitu Kuala Penyu dan Beaufort.
Beliau berkata bagi Pantai Barat, kawasan yang terlibat adalah Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud selain Kudat.
Amaran sama turut melibatkan Labuan.
Semalam, MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk bagi kawasan Kuala Penyu dan Beaufort. – Bernama