Wednesday, April 24, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Amber Heard tak peduli Johnny Depp bercinta dengan peguam sendiri

    Pelakon Amber Heard tidak berasa terganggu dengan berita mengatakan bekas suaminya, Johnny Depp kini sedang hangat bercinta dengan peguamnya, Joelle Rich.

    Sumber terdekat kepada pelakon itu sebaliknya tetap meneruskan kehidupannya seperti biasa selain kini memberi tumpuan cara mendapatkan wang bagi menampung kehidupan selepas kalah dalam kes saman fitnah terhadap bekas suaminya Johnny Depp sebelum ini.

    “Amber tidak memberi perhatian tentang perkara berkaitan dengan Johnny apatah lagi dengan siapa dia bercinta. Dia hanya mahu meneruskan kehidupannya seperti biasa tanpa mencampuri sebarang urusan bekas suaminya itu,” kata sumber berkenaan seperti dilaporkan Marca.

    Johnny dilaporkan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Joelle yang merupakan peguam bela aktor itu ketika menentang kes saman fitnah terhadap Amber di United Kingdom sebelum ini.

    Pelakon filem The Pirates of Caribbean itu bagaimanapun kalah dalam saman tersebut.
    Bagaimanapun, Johnny memenangi kes saman fitnah terhadap Amber yang dibicarakan di Amerika Syarikat pada Jun lalu. – Agensi

    Amber Heard tak peduli Johnny Depp bercinta dengan peguam sendiri, sibuk cari wang bayar saman. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...