Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Ambil kira keperluan, keprihatinan ibu bapa

    Susulan pengumuman mengenai perlaksanaan Pengintegrasian Mata Pelajaran Ugama ke dalam Sistem Pendidikan Umum baru-baru ini, penulis turut menyoroti platform media sosial yang dibanjiri dengan pelbagai respons, persoalan dan pandangan berhubung perkara tersebut.

    Sementara itu, terdapat juga beberapa rakan penulis yang bergelar ibu bapa mengongsi pandangan mereka terhadap perlaksanaan peralihan yang akan bermula hari ini, 1 November.

    Sebahagiannya ada yang menganggap baik usaha tersebut bagi menjaga kesihatan mental kanak-kanak, waima demikian, ada juga yang berpendapat dengan sukatan masa yang ditetapkan untuk pelajaran agama kepada hanya satu jam mungkin akan mempengaruhi pembelajaran kanak-kanak dan timbul juga persoalan sama ada masa yang terhad itu mencukupi untuk menyiapkan pelajaran mereka atau sebaliknya.

    Bagaimanapun ada juga ibu bapa yang menyuarakan keluhan mereka dan berkongsi dengan penulis akan kesukaran mereka untuk menghantar dan mengambil anak-anak mereka di sekolah yang berlainan tempat, sebagai contoh, jika salah seorang anak mereka berada dalam Darjah 4 (agama), maka ibu bapa terpaksa menghantarnya ke sekolah agama yang berlainan dengan adik-beradiknya yang lain.

    Selain itu, jarak perjalanan yang jauh ke sekolah agama dan sekolah umum, sudah pasti akan mengambil masa lama untuk menghantar mengambil anak-anak sekolah.

    Perkara ini boleh menyukarkan para ibu bapa terutamanya yang bekerja untuk keluar masuk pejabat dan menghantar mengambil anak sekolah yang berlainan tempat.

    Selain itu, apa yang turut menjadi kebimbangan ibu bapa ialah mengenai keselamatan dan pengawasan terhadap anak-anak mereka di sekolah sementara menanti waktu persekolahan agama di mana perlunya pengawasan dari pihak sekolah supaya perkara ini tidak mendatangkan kesukaran kepada ibu bapa yang terpaksa berulang-alik mengambil dan menghantar anak-anak ke sekolah.

    Dalam usaha untuk mencapai kejayaan dalam pelaksanaan penggabungan ini, penulis berharap agar pihak berkenaan akan mengambil kira keperluan dan keprihatinan ibu bapa, terutama mereka yang bekerja sama ada di jabatan kerajaan mahupun swasta agar pendidikan anak-anak mereka berjalan dengan lancar.

    Dang Ambun

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...