Saturday, February 1, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Amelia Henderson tahan sakit demi TikTok Awards Malaysia 2023

    Jari tengah pada kaki kiri yang patah akibat terlanggar bucu katil, tidak menghalang Amelia Henderson mengendalikan TikTok Awards Malaysia 2023 yang bakal disiarkan secara langsung Ahad ini.

    Bakal berganding dengan Sherry Alhadad dan Izzue Islam sebagai hos pada malam itu, Amelia berjanji mencuba sehabis baik, namun, pada masa sama, tidak mahu memberi tekanan kepada kaki kirinya.

    “Perkara sudah pun berlaku. Jadi, tidak banyak yang boleh saya buat. Tetapi, saya berharap, pada malam itu, kesakitan pada jari kaki berkurangan.

    “Saya perlu pakai but khas. Saya cuba hadkan pergerakan sebab tidak mahu beri tekanan kepada kaki. Saya juga perlu ambil ubat tahan sakit.

    “Saya berterima kasih kepada TV3 dan TikTok Malaysia kerana ambil berat keadaan saya. Penganjur bertanya, berapa jauh saya boleh bergerak pada acara itu nanti.

    “Mereka bimbangkan keadaan kaki saya,” katanya kepada BH Online di sini, baru-baru ini.

    Mengulas lanjut kecederaan dialaminya itu, Amelia berkata, doktor mencadangkan dia menjalani pembedahan.

    “Namun, disebabkan jadual kerja padat, saya minta tangguh dahulu walaupun jari tengah kaki kiri saya tampak hodoh.

    “Tidak mengapalah. Apa yang penting, dapat habiskan kerja,” katanya.

    Amelia sangat teruja menjayakan TikTok Award Malaysia 2023 yang pertama kali dianjurkan di negara ini.

    “Saya tidak sabar menantikan acara itu kerana banyak menghabiskan masa di TikTok.

    “Walaupun jari kaki patah, saya tidak sabar melaram pada malam itu. Mungkin saya akan letak perincian pada but khas itu agar tampak menarik.

    “Saya juga tidak sabar jumpa ramai pempengaruh media sosial yang selama ini hanya dilihat di TikTok,” katanya.- Agensi

    Amelia Henderson mengongsikan pada masa ini dia cuba hadkan pergerakan sebab tidak mahu beri tekanan kepada kakinya.- mStar

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda