Sunday, October 27, 2024
32.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Amir tak kisah jadi kegilaan peminat fanatik

    “Kehidupan saya baik-baik sahaja sekarang. Saya masih ‘single’, tolong carikan teman wanita seorang.”

    Itu pengakuan dibuat pelakon sensasi, Amir Ahnaf ketika ditanya mengenai status hubungannya, buat masa ini.

    Selepas tular foto bersama seorang wanita Ogos lalu, pelakon berusia 24 tahun itu mengakui, kehidupannya baik dan hanya menjalani rutin harian seperti biasa.

    Enggan terus berada di takuk sama, bintang filem Kahar: Kapla High Council itu berkata, dia hanya memberi tumpuan untuk menambah baik lakonan, lapor BH Online.

    “Kalau balik rumah, saya akan duduk atas sofa dan tonton Netflix. Ada yang menasihati kepada saya sebab kita pembikin filem dan filem yang akan membikin kita.

    “Kena tengok filem dan itulah yang akan membantu bina karakter untuk filem seterusnya. Saya menjalani kehidupan seperti biasa,” katanya ditemui pada sidang media Kahar Kapla High Council di Setia City Mall, semalam.

    Ogos lalu, nama Amir sekali lagi terpalit kontroversi selepas tular beberapa tangkap layar yang didakwa perbualannya bersama seorang wanita Singapura di Instagram (IG).

    Menerusi perbualan berkenaan, Amir didakwa mengajak gadis berusia 18 tahun itu datang meluangkan masa bersamanya.

    Sebelum itu, seorang wanita juga mendakwa pernah menjalinkan hubungan dengan Amir, tahun lalu.

    Ditanya mengenai sambutan hangat diterima terutama dalam kalangan peminat wanita, Amir berkata, itu perkara positif terhadap pertumbuhan industri perfileman tanah air.

    “Saya manifestasi perkara ini dari dulu lagi, saya tak sabar melihat industri filem Malaysia sama taraf dengan Hollywood.

    “Tak salah mereka buat begitu selagi industri filem sihat dan berkembang. Sangat membantu saya sebab kita perlu juga sokongan daripada audien. Saya tak kisah jadi kegilaan peminat fanatik,” katanya. – Agensi

    Amir berkata, dia hanya memberi tumpuan untuk menambah baik lakonan. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda