Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Amitabh hadiahkan anak sulung rumah agam

    Pelakon dan produser filem legenda kelahiran India, Amitabh Bachchan dan isterinya Jaya Bachchan menghadiahkan satu daripada lima buah banglo milik mereka kepada anak sulung, Shweta Bachchan.

    Kediaman yang dinamakan Prateeksha tersebut ditukar milik buat puterinya yang juga penulis, kolumnis dan ahli perniagaan sejak beberapa bulan lalu.

    Hartanah berkenaan dibeli aktor itu sejak 1975 dan diduduki bersama kedua-dua orang tuanya sebelum mereka berpindah di sebuah lagi rumah sekitar satu kilometer dari Prateeksha, lapor Kosmo. Penyerahan kediaman ikonik di Juhu dianggarkan nilai puluhan juta ringgit dengan keluasan 16,840 kaki persegi itu dilakukan pada 8 November lalu.

    Selain Shweta, Amitabh, 81, dan Jaytera mempunyai seorang lagi anak, Abhishek yang juga suami kepada Aishwarya Rai.

    Banglo yang diserahkan kepada Shweta itu menyimpan memori manis permulaan kariernya yang disokong kedua-dua ibu bapa iaitu penyair Harivansh Rai Bachchan Dan Teji Bachchan. – Agensi

    Amitabh menghadiahkan anak sulungnya sebuah rumah agam yang menjadi rumah pertama miliknya sejak bergelar anak seni. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...