Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    United di ambang penyingkiran

    ISTANBUL, 30 NOV – Pengurus Manchester United, Erik ten Hag menegaskan pasukannya berada di landasan yang betul walaupun seri 3-3 di Galatasaray pada awal pagi tadi yang menyebabkan The Red Devils berada di ambang penyingkiran Liga Juara-Juara.
    United dua kali melepaskan dua gol di hadapan di Istanbul dengan penjaga gol Andre Onana membuat kesilapan tidak sepatutnya dan penyudah tumpul menyebabkan mereka masih berada di tangga tercorot Kumpulan A.
    Pasukan Ten Hag perlu menewaskan Bayern Munich dalam perlawanan terakhir mereka di Old Trafford untuk mempunyai sebarang peluang untuk layak.
    Tetapi kemenangan ke atas juara Jerman itu tidak akan mencukupi jika Galatasaray menewaskan FC Copenhagen dalam masa dua minggu atau juara Denmark itu mengambil sekurang-kurangnya empat mata daripada dua perlawanan terakhir mereka.
    “Kami menuju ke arah yang betul jadi saya tahu kami akan berjaya dalam jangka panjang tetapi jika awda mahu kekal dalam Liga Juara-Juara awda perlu memenangi perlawanan ini,” kata Ten Hag.

    Aksi Fernandes (kanan) semasa perlawnan Liga Juara-Juara UEFA, di Ali Sami Yen Spor Kompleksi di Istanbul, baru-baru ini. – AFP

    “Saya gembira dengan cara kami bermain tetapi pada masa yang sama saya perlu mengkritik pasukan kerana pertahanan tidak cukup bagus. Kami mendahului 3-1 dan kami tidak mampu melakukan kesilapan kerana ia membawa perubahan,” tambahnya.
    Sepanduk besar terbentang sebelum perlawanan bermula, dengan perkataan ‘Selamat datang ke neraka’, tetapi penonton Galatasaray terdiam dengan dua gol United dalam masa 20 minit.
    Alejandro Garnacho menjaringkan salah satu gol terbaik sepanjang masa Liga Perdana dengan sepakan overhead yang menakjubkan untuk meletakkan United di landasan untuk menang di Everton pada Ahad lalu.
    Pembukaan pemain Argentina itu kurang menakjubkan tetapi masih mengagumkan apabila dia merembat masuk ke dalam gawang hasil hantaran Bruno Fernandes.
    Fernandes kemudian menghasilkan rembatan kencang dari luar kotak penalti yang menyebabkan Fernando Muslera gagal menepisnya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...