Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Tanglung Chochin moden pikat hati kraf muda

    FUKUOKA – Dengan sapuan berus pantas dan tiada lakaran kasar, tukang kraf melukis corak-corak landskap, tumbuhan dan bunga yang sejuk satu demi satu.

    Di Shiraki Kougei, sebuah syarikat yang menghasilkan tanglung chochin festival Bon di Yame, wilayah Fukuoka, lima wanita terlihat melukis bahagian utama tanglung, yang digelar hibukuro (kotak api). Adalah penting untuk imej kelihatan tiga dimensi.

    Aoi Masunaga, 36, yang telah melukis tanglung chochin selama 12 tahun, berkata, “Memandangkan tanglung chochin tradisional dibuat secara berpasangan, saya memberi perhatian kepada saiz, tempat dan warna lukisan saya.”

    Dikatakan bahawa tanglung chochin berasal sebagai tanglung bachochin yang dihasilkan di Yame pada akhir zaman Edo (1603-1868) dan digantung di tanah perkuburan dan tempat-tempat lain. Tanglung chochin dihasilkan melalui pembahagian kerja.

    Tukang kraf terlibat dalam keseluruhan proses, daripada membuat bingkai kotak api hingga mengikat bingkai dengan batang buluh nipis dengan menggunakan kertas washi dan sutera pada bingkai dan lukisan.

    Tanglung chochin bersaiz tapak tangan bercirikan reka bentuk moden. – ANN/Japan News

    Oleh kerana bahan-bahan yang diperlukan seperti buluh dan kertas washi boleh diperolehi secara tempatan, pengeluaran tanglung itu berkembang menjadi perniagaan sampingan bagi petani tempatan.

    Namun, keadaan industri itu telah menjadi semakin sukar. Bilangan tukang kraf yang bertanggungjawab untuk setiap langkah dalam proses pengeluaran terus berkura-ngan disebabkan oleh populasi yang semakin tua dan sebab-sebab lain.

    Shiraki Kougei dahulu membeli alat ganti daripada kira-kira 160 tukang kraf di dalam dan luar kawasan itu pada tahun 1990an tetapi jumlah itu telah merosot kepada kira-kira 20 orang.

    Presiden kedua Shiraki Kougei, Tomoomi Irie, 49, mula mengambil pekerja-pekerja muda sebagai pekerja tetap pada 2011 sebagai sebahagian daripada usaha untuk memberi dorongan kepada generasi seterusnya.

    Kini, tujuh lelaki dan wanita dengan purata umur 30 tahun bekerja untuk syarikat itu. – ANN/Japan News

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...