Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Anak damit lahir dalam kereta api

    PARIS, 1 FEB – Penumpang perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi di Perancis mengalami penangguhan yang luar biasa di sebuah stesen pada hujung minggu apabila seorang penumpang melahirkan seorang anak lelaki, menurut laporan media tempatan.

    Wanita mengandung itu mula terasa sakit hendak bersalin sejurus duduk dalam kereta api Paris-Strasbourg, dikendali oleh operator kereta api Jerman Deutsche Bahn.

    Dia memberitahu kakitangan dan kereta api menghentikan perkhidmatan di stesen Lorraine TGV di bandar Louvigny timur Perancis untuk membenarkan kumpulan perubatan membantu menyambut kelahiran anak damit berkenaan, kata Republicain Lorrain.

    Penumpang lain pula diminta supaya bersabar semasa kelahiran anak lelaki, Felix, yang mengambil masa 80 minit.

    Felix ialah anak ‘pramatang,’ lapor akhbar itu.

    Ibu dan anak dibawa ke sebuah hospital berhampiran oleh perkhidmatan bomba tempatan, yang melaporkan kedua-dua mereka berada dalam keadaan sihat.

    Republicain Lorrain berkata semua orang kini tertanya-tanya sama ada operator kereta api Jerman akan menghantar hadiah sempena kelahiran tersebut, atau memberikan penumpang paling mudanya perjalanan percuma di rangkaian berkenaan. – AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Kereta api bertembung di Republik Czech, puluhan cedera

    PRAGUE, 20 NOV – Sebuah kereta api ekspres bertembung...

    Prabowo pertahan skim makanan percuma tangani kekurangan zat makanan

    JAKARTA, 13 NOV – Program utama kerajaan Indonesia untuk...

    Rowan Atkinson bergelut jaga anak damit dalam siri Netflix

    Netflix sedang membuat pratonton filem Man vs. Baby menjelang...

    Sentuhan kulit penting untuk anak damit baru lahir

    NEW DELHI - Antima Kumari mengangkat salah seorang anak...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...