Friday, November 29, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Angka kematian tanah runtuh di Sumatera meningkat 27 orang

    JAKARTA, 28 NOV – Angka kematian akibat banjir yang disebabkan oleh hujan lebat di Indonesia barat telah meningkat kepada 27 orang, selepas satu tanah runtuh menimbus beberapa kenderaan, kata pegawai penyelamat hari ini.

    Banjir dan tanah runtuh melanda empat daerah di provinsi Sumatera Utara pada hujung minggu lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang, menurut data agensi bencana nasional.

    Tanah runtuh terbaharu berlaku di jalan terpencil di daerah Deli Serdang, Sumatera Utara, pada Selasa berikutan hujan lebat yang berterusan.

    “Sehingga hari ini, tujuh orang telah meninggal dunia akibat kejadian tanah runtuh di kampung Sembahe,” kata Sariman Sitorus, jurucakap agensi penyelamat tempatan, kepada AFP.

    Beberapa mayat telah dikeluarkan dari sebuah bas pelancong yang melalui kawasan tersebut ketika tanah runtuh berlaku, tambah beliau. Jentera berat telah dikerahkan untuk membantu operasi pencarian.

    Sekurang-kurangnya 16 orang cedera akibat tanah runtuh tersebut, menurut Sariman yang memetik data daripada hospital berdekatan. – AFP

    Pasukan penyelamat mengeluarkan mayat mangsa dari sebuah bas di Deli Serdang, Sumatera Utara, Indonesia, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda