Sunday, March 9, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aniq buru ranking ke-4 kelayakan Olimpik

    KUALA LUMPUR, 26 DIS – Atlet angkat berat Malaysia, Mohamad Aniq Kasdan mahu terus menyinar tahun hadapan dengan meletakkan misi pertamanya untuk memburu sekurang-kurangnya kedudukan keempat di ranking kelayakan Olimpik sebelum ke Sukan Olimpik Paris 2024.

    Badang negara berusia 21 tahun itu berkata untuk merealisasikan misi itu, beliau perlu membuat angkatan keseluruhan sebanyak 305 kilogram (kg) di Piala Dunia 2024 di Phuket, Thailand pada April depan.

    “Jurulatih memang sasar untuk kejar angkatan 305kg, kalau buat angkatan dalam 300kg saya kira akan menghuni ranking keempat dunia dan itu sasaran saya sebelum ke Olimpik tahun depan.

    “Sekarang saya sudah di ranking ketujuh dunia, selepas kejohanan di Qatar dua minggu lepas dan saya harap tiada yang mampu memotong kedudukan ini,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

    Awal Disember lepas, atlet kelahiran Johor itu melakar kejayaan sensasi dengan meraih dua pingat di Kejohanan Angkat Berat Antarabangsa di Doha, Qatar.

    Dalam pada itu, Mohamad Aniq berkata jurulatihnya, Edmund Yeo, akan memberi tumpuan untuk memberi tekanan bagi acara snatch dalam persediaan ke piala dunia.

    “Sekarang saya sedang rehat, tapi untuk Januari nanti jurulatih akan beri latihan berintensiti tinggi selain tekankan untuk acara snatch, sebab masa di Qatar saya rasa ada kelemahan yang banyak pada snatch.– Bernama

    Kemasukan RTG membantu bahu Aniq untuk mencari emas Paris. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda