Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Anjing Jepun terkenal dengan meme ‘Doge’ mati

    TOKYO, 24 MEI – Anjing Jepun yang gambarnya memberikan inspirasi kepada generasi bahan gurauan dalam talian yang pelik dan mata wang kripto Dogecoin bernilai AS$23 bilion yang disukai oleh Elon Musk mati hari ini, kata pemiliknya.

    “Anjing itu mati dengan tenang seolah-olah tertidur semasa saya membelainya,” tulis Atsuko Sato di blognya, mengucapkan terima kasih kepada peminat shiba inunya yang dipanggil Kabosu – wajah meme ‘Doge’.

    “Saya rasa Kabo-chan adalah anjing paling bahagia di dunia dan saya adalah pemilik paling bahagia,” tulis Sato.

    Sebagai anjing penyelamat, tarikh lahir sebenar Kabosu tidak diketahui tetapi Sato menganggarkan ia berusia 18 tahun, melebihi jangka hayat purata bagi shiba inu, dengan ulang tahunnya disambut pada November.

    Pada 2010, dua tahun selepas mengambil Kabosu dari ladang anak anjing, Sato mengambil gambar haiwan peliharaannya yang sedang menyilangkan kakinya di sofa.

    Dia memuat naik gambar itu dengan seekor shiba inu yang berbulu lebat memberikan pandangan yang memikat kepada kamera di dalam blognya. Gambar tersebut kemudiannya tersebar ke forum dalam talian Reddit dan menjadi meme yang menular dari bilik-bilik kolej hingga ke e-mel pejabat.

    Meme tersebut biasanya menggunakan bahasa Inggeris yang lucu untuk mendedahkan fikiran Kabosu dan ‘doge’ shiba inu yang lain – disebut sebagai ‘doh’ piza tetapi dengan ‘j’ di hujungnya.

    Gambar itu juga menjadi karya seni digital NFT yang dijual pada harga AS$4 juta dan memberi inspirasi kepada Dogecoin, yang dimulakan sebagai bahan gurauan oleh dua jurutera perisian dan kini menjadi mata wang kripto kelapan paling bernilai dengan modal pasaran AS$23 bilion. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...