Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Tentera Iran keluarkan laporan nahas helikopter Raisi dan delegasinya

    TEHRAN, 24 MEI – Staf Am Angkatan Bersenjata Iran telah mengeluarkan laporan pertama mengenai aspek dan sebab-sebab di sebalik kemalangan helikopter baru-baru ini yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan delegasinya.

    Laporan tersebut dikeluarkan pada Khamis, memberikan lebih banyak maklumat mengenai insiden yang berlaku pada Ahad (19 Mei), iaitu Raisi dan rombongannya termasuk Menteri Luar Hossein Amirabdollahian, terkorban selepas helikopter yang membawa mereka terhempas di barat laut Iran, lapor agensi berita Republik Islam (IRNA).

    Sebuah pasukan penyiasat yang ditugaskan untuk menyiasat insiden tersebut telah dihantar ke lokasi kemalangan pada Isnin, menurut laporan itu.

    Pasukan tersebut berjaya mengumpul ‘sebahagian besar’ maklumat yang diperlukan untuk menyiasat elemen-elemen yang mungkin menyumbang kepada insiden itu, tambahnya.

    Helikopter yang turut membawa pegawai kanan itu terhempas ketika terbang di sepanjang laluan yang telah dirancang, kata laporan berkenaan, sambil menyatakan bahawa pesawat tidak menyimpang dari laluan.

    Helikopter tersebut terbakar selepas terhempas di kawasan pergunungan dan mendedahkan bahawa bangkai pesawat tidak mempunyai sebarang kesan peluru atau tanda-tanda kesan yang serupa. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...