Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Apa syarat motosikal EV?

    Alhamdulillah negara kita sekali lagi telah mencatatkan satu sejarah berikutan pelancaran stesen pengecasan pantas kenderaan elektrik (EV) pertama di Lambak, baru-baru ini.

    Saya memahami stesen pengecasan pertama ini merupakan satu langkah permulaan dan akan dibina di kawasan-kawasan yang strategik. Namun timbul persoalan di sini, adakah stesen pengecasan ini hanya dikhususkan kepada pemilik kereta EV? Bagaimana pula bagi mereka yang menggunakan motosikal EV?

    Tidak dinafikan, kereta EV ini kurang mampu dimiliki oleh sesetengah masyarakat berikutan harganya jauh lebih tinggi berbanding harga kereta konvensional. Sehubungan itu tidak mustahil motosikal EV akan lebih mendapat tempat di hati sesetengah masyarakat di negara ini kerana harganya mampu milik.

    Berdasarkan pemerhatian penggunaan motosikal EV ini, kebanyakannya digunakan di kawasan-kawasan kampung berikutan belum ada stesen pengecasan berdekatan. Apa yang lebih menarik perhatian saya adalah motosikal EV yang dijual di negara ini kurang memenuhi aspek keselamatan jika digunakan di jalan raya, seperti reka bentuknya yang kurang ciri-ciri keselamatan.

    Timbul persoalan di sini, apakah syarat-syarat khusus bagi motosikal EV yang dibenarkan digunakan di jalan raya? Jika motosikal yang dijual selama ini bertentangan dengan syarat yang diperlukan, setentunya pelaburan awal pembeli suatu hari kelak akan dianggap sia-sia.

    Penggunaan EV ini sememangnya memberikan kebaikan kepada pengguna dan alam sekitar antaranya mengurangkan pelepasan karbon bagi persekitaran yang lebih baik. Sehubungan itu usaha daripada semua pihak amat diperlukan dalam memainkan peranan masing-masing untuk menjayakannya.

    Pemilik moto EV

    Penulis berpendapat kebanyakan motosikal EV yang dijual di negara ini kurang memenuhi ciri-ciri keselamatan untuk digunakan di jalan raya.

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    Hujan lebat berterusan di Vietnam ragut 16 nyawa

    HANOI, 20 NOV - Pasukan penyelamat mengeluarkan penduduk yang...

    Pertunjukan trashion serlah kreativiti, kelestarian SM Sayyidina Husain

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 NOV - Sekolah Menengah Sayyidina...

    Padi transformasi pertanian di UK

    ELY – Memakai but getah yang besar, Nadine Mitschunas...

    Memburu aurora di Kutub Utara

    Oleh Zufazlin Baharuddin - ROVANIEMI – Berpeluang menyaksikan keindahan cahaya...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...