Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Aksi terbaik Foden akan menyusul – De Bruyne

    LONDON, 4 OKT – Kevin De Bruyne menjangkakan Phil Foden akan mencapai peringkat baharu sebaik sahaja bintang Manchester City itu dibenarkan untuk memegang peranan utama dalam kariernya nanti.

    Foden meledak hatrik semasa kemenangan 6-3 menentang seteru rapat, Manchester United di Liga Perdana Inggeris, Ahad lalu.

    Kejayaan menjaringkan gol bagi pemain kebangsaan England di Stadium Etihad hanyalah sebahagian daripada persembahan cemerlang yang dipamerkan dan menunjukkan peningkatannya sebagai salah seorang pemain utama City.

    Dengan Erling Haaland turut menjaringkan tiga gol dalam derbi Manchester untuk meneruskan prestasi luar biasanya, jentera serangan City dilihat lebih berbahaya berbanding musim lalu.

    Tetapi pemain tengah City, De Bruyne berkata prestasi terbaik Foden masih belum kita saksikan, yang ketika ini bermain di bahagian sayap untuk pasukan Pep Guardiola.

    Dia percaya pemain berusia 22 tahun itu akan lebih menyerlah ketika ia lebih matang dan menjadi peneraju utama dalam kreativiti pasukan City – peranan yang ketika ini dipegang oleh De Bruyne.

    “Dia masih berusia 22 tahun. Ketika saya berumur 22 tahun, saya bukan seperti pemain ketika ini,” kata De Bruyne.

    “Dia sangat bagus, cuma perlu mencari konsistensi. Dia bermain dengan luar biasa untuk kami jadi dia akan kekal di sini bagi tempoh yang lama.” – AFP

    Reaksi Phil Foden (kanan) meraikan gol bersama Erling Haaland semasa pertemuan City menentang United, 2 Oktober. – AP
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...