Sunday, February 9, 2025
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    APMM rancang pasang radar sepanjang perairan Sarawak

    KUCHING, 24 Feb – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) merancang untuk memasang radar di sepanjang perairan Sarawak bagi memperkukuh pemantauan dan perlindungan serta memastikan keselamatan di perairan negeri ini terus terjamin.

    Ketua Pengarah APMM Laksamana Maritim Datuk Seri Ahmad Puzi Ab Kahar berkata APMM telah memasang 14 radar di sepanjang perairan negara namun, belum ada radar dipasang di perairan Sarawak. Beliau berkata jumlah radar itu masih tidak mencukupi dan perlu ditambah kerana ia amat membantu dalam menjalankan pemantauan terutamanya bagi mengesan ancaman musuh yang menggunakan laluan perairan negara.

    Pada masa ini, cadangan pemasangan radar di perairan Sarawak masih di peringkat perbincangan dan ia akan dilaksanakan secara berperingkat dengan mengambil kira kemampuan kerajaan, katanya.

    Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan penubuhan Pasukan Sukarelawan Simpanan Maritim Malaysia (PSSMM) di Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS), Muara Tebas dekat sini, semalam. Turut hadir Pengarah APMM Sarawak Laksamana Pertama Maritim Ismaili Bujang Pit. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda