Friday, May 3, 2024
23 C
Brunei

    -

    Apple gugur WhatsApp, Threads daripada App Store di China

    BEIJING, 19 APRIL – Apple telah mengalih keluar WhatsApp dan Thread milik Meta daripada App Store di China berikutan arahan daripada pengawal selia tertinggi bagi Internet di negara itu, lapor Bloomberg hari ini, memetik gergasi teknologi tersebut.

    Beijing terlibat dalam salah satu daripada penapisan Internet yang paling meluas di dunia, dengan pengguna web di tanah besar China itu tidak dapat mengakses segala-galanya daripada Google hingga banyak aplikasi asing tanpa menggunakan rangkaian peribadi maya.

    “Kami bertanggungjawab untuk mematuhi undang-undang di negara-negara di tempat kami beroperasi, walaupun kami tidak bersetuju,” kata Apple dalam satu kenyataan, menurut laporan Bloomberg.

    “Pentadbiran Ruang Siber China (CAC) mengarahkan pengalihan keluar aplikasi-aplikasi ini daripada App Store China berdasarkan kebimbangan keselamatan negara mereka,” kata Apple, merujuk kepada pengawal selia Internet China. “Aplikasi-aplikasi ini masih boleh dimuat turun di semua App Store lain di mana ia muncul.” – AFP

    Foto bertarikh 30 Oktober 2023 menunjukkan orang ramai melawat kedai Apple di Shenyang, di wilayah Liaoning, timur laut China. Apple telah mengalih keluar WhatsApp dan Threads daripada App Store di China berikutan arahan daripada CAC. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran kenakan sekatan ke atas AS, UK kerana sokong Israel

    TEHRAN, 2 MEI - Iran mengumumkan sekatan ke atas beberapa individu dan entiti Amerika Syarikat (AS) dan Britain kerana menyokong Israel dalam perangnya menentang...