Friday, May 3, 2024
23 C
Brunei

    -

    Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Peringkat Kebangsaan di Sabah esok

    KOTA KINABALU, 19 APRIL – Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Peringkat Kebangsaan akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, esok.

    Sambutan julung kali diadakan di Negeri Bawah Bayu itu akan bermula seawal pukul 10:30 pagi hingga 3 petang, dianjurkan dengan kerjasama antara kerajaan Sabah selaku tuan rumah dan Kementerian Perpaduan sebagai peneraju.

    Sambutan Aidilfitri bertemakan ‘Perpaduan Melalui Perayaan’ itu akan dirasmikan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan diserikan lagi dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

    Program yang menjadi platform untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang berkumpul dalam suasana harmoni itu juga menandakan bermula Jelajah Kembara Perpaduan sempena Sambutan Minggu Perpaduan 2024 yang bakal disambut pada Mei ini.

    Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim berkata Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI mampu menjadi wadah terus memperkasa semangat muhibah khususnya dalam kalangan masyarakat di Sabah, selain ruang untuk pemimpin bertemu serta beramah mesra dengan rakyat.

    Beliau juga berharap penganjuran program seumpama itu akan lebih banyak dilaksanakan di Sabah bagi menguatkan lagi kesatuan dan perpaduan rakyat pelbagai kaum di negeri ini.

    “Ini adalah pertama kali diadakan di Sabah, peringkat Kebangsaan. Kita mengharapkan supaya ia menjadi permulaan baik sebagai satu proses penyatuan kerana program seperti ini mampu memupuk perpaduan,” katanya. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Angka kematian lebuh raya runtuh di China meningkat kepada 48

    BEIJING, 2 MEI - Angka kematian akibat runtuhan lebuh raya di wilayah Guangdong, selatan China telah meningkat kepada 48, kata media kerajaan hari ini,...