Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Arab Saudi mara ke pusingan 16 Piala Asia

    DOHA, 22 JAN – Juara tiga kali, Arab Saudi mengesahkan tempat ke pusingan 16 selepas meraih kemenangan selesa 2-0 menewaskan Kyrgyzstan yang terpaksa beraksi dengan sembilan orang pemain dalam perlawanan kedua Kumpulan F Piala Asia 2023 di Stadium Ahmad bin Ali, semalam.

    Pada perlawanan semalam, Kyrgyzstan berdepan masalah selepas sembilan minit apabila mereka dikurangkan kepada 10 orang setelah pemain pertahanan, Aizar Akmatov menerima kad merah akibat bertindak kasar terhadap pemain tengah, Sami Al Naji, di luar kotak penalti.

    Gol pembukaan untuk Arab Saudi tiba pada minit ke-35 selepas pemain tengah, Mohammed Kanno menyempurnakan hantaran lintang daripada Saud Abdulhamid yang sebelum itu melantun susulan rembatan kencang daripada Abdulelah Al Malki dari jarak jauh.

    Kyrgyzstan yang diketuai oleh Stefan Tarkovic terus berdepan cabaran apabila satu lagi kad merah dilayangkan kepada pemain tengah berusia 19 tahun, Kimi Merk, hanya selepas lima minit babak kedua bermula kerana mengasari pemain pertahanan, Hassan Tambakti, sehingga menyebabkan kecederaan dan digantikan oleh Saleh Ali Shehri.

    Menghampiri wisel penamat, anak buah Roberto Mancini meraih gol kedua melalui pemain gantian, Faisal Al Ghamdi pada minit ke-77.

    Pemain tengah muda itu melancarkan serangan dari tepi yang terbukti sangat kuat untuk Tokotaev yang cuba menghalang kerana bola berjaya membolosi gawang gol. – Bernama

    Faisal meraikan kejayaan selepas menjaringkan gol kedua pasukannya di Stadium Ahmad Bin Ali, di Doha, Qatar, pada 21 Jan. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...