Sunday, March 9, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Arab Saudi tegaskan komitmen terhadap konvensyen senjata kimia pada mesyuarat OPCW

    THE HAGUE, 6 MAC – Delegasi tetap Arab Saudi ke Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW) menegaskan komitmen teguh negara itu terhadap Konvensyen Senjata Kimia (CWC) semasa sesi ke-108 Majlis Eksekutif OPCW di The Hague.

    Menurut agensi berita Arab Saudi (SPA), delegasi itu menekankan bahawa penggunaan senjata kimia adalah satu jenayah dan pelanggaran serius terhadap undang-undang antarabangsa serta menekankan keperluan usaha kolektif untuk mencegah penyebarannya.”

    Dalam hal ini, Arab Saudi menyatakan sokongannya terhadap permintaan Palestin untuk pemantauan OPCW, dengan menekankan kepentingan memastikan pematuhan terhadap peruntukan konvensyen itu.

    Mengenai isu senjata kimia Syria, delegasi itu menyambut baik kemajuan terkini dan menggesa kerjasama berterusan antara semua pihak bagi memudahkan penyelesaiannya.

    Arab Saudi pada masa sama mengulangi pendiriannya untuk mencapai pelucutan senjata kimia sepenuhnya, selaras dengan objektif global OPCW.

    Delegasi itu juga memuji hasil Persidangan AI Rabat dalam memperkukuh pelaksanaan CWC serta mengiktiraf peranan teknologi baharu dalam memperhebat usaha pelucutan senjata kimia.

    Semasa sesi Majlis Eksekutif OPCW yang berakhir baru-baru ini, negara anggota membincangkan pelbagai isu, termasuk cabaran pematuhan yang berterusan, usaha pelucutan senjata dan kesan kemajuan saintifik terhadap pengawalan senjata kimia. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda