Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Arab Saudi umum penalti SAR10,000 jika memasuki 7 kawasan tanpa permit haji

    KUALA LUMPUR, 8 MEI – Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengumumkan penguatkuasaan penalti sebanyak SAR10,000 bagi pelanggaran peraturan dan arahan musim haji termasuk memasuki tujuh kawasan tanpa permit haji. (SAR1=RM1.2)
    Menerusi infografik yang dikongsikan kementerian itu di platform X, tujuh kawasan berkenaan adalah Mekkah, Wilayah Tengah, Masyair, stesen kereta api Haramain di Rusayfah, pusat kawalan keselamatan, pusat pengasingan dan pusat kawalan keselamatan sementara. Penalti akan berkuat kuasa mulai 2 hingga 20 Jun 2024, demikian menurut kementerian itu.

    Kementerian itu menjelaskan penalti SAR10,000 berkenaan akan dikenakan terhadap semua individu termasuk warganegara, pemastautin dan pengunjung yang ditangkap dalam kawasan geografi tersebut tanpa permit haji. Selain itu, individu bukan warganegara yang ditangkap akan diusir ke negara asal dan dikenakan larangan memasuki Arab Saudi untuk tempoh yang termaktub dalam undang-undang. – Bernama

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...