Monday, May 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Celtics, Thunder catat kemenangan meyakinkan

    LOS ANGELES, 8 MEI – Pasukan pilihan utama, Boston Celtics dan Oklahoma City Thunder masing-masing meraih kemenangan meyakinkan dalam perlawanan pembukaan siri playoff NBA, semalam.

    Sementara itu, pasukan pilihan utama Eastern Conference, Boston, mencatatkan kemenangan 120-95 ke atas pasukan pilihan keempat, Cleveland Cavaliers di TD Garden.

    Manakala, Oklahoma City terpaksa berusaha lebih keras untuk menundukkan Luka Doncic dan Dallas Mavericks sebelum akhirnya memastikan kemenangan 117-95 dalam perlawanan pembukaan siri separuh akhir Western Conference.

    Di Boston, Jaylen Brown menjaringkan 32 mata manakala Derrick White menambah 25 mata, termasuk tujuh lontaran tiga mata, memastikan kemenangan Celtics, yang memburu rekod kejuaraan NBA ke-18.

    Sepanjang perlawanan, Boston menguasai permainan, mengekalkan kelebihan dua angka pada separuh masa kedua untuk mengakhiri permainan dengan kemenangan yang meyakinkan di TD Garden.

    Manakala pemain bintang Boston, Jayson Tatum menambah 18 mata tetapi mengharungi malam yang kurang memuaskan, hanya menjaringkan 7 daripada 19 percubaan.

    Sementara Donovan Mitchell pula mendahului jaringan untuk Cleveland dengan 33 mata, dengan Evan Mobley menambah 17 mata dan Darius Garland 14 mata.

    Brown berkata pertahanan Celtics memainkan peranan dalam kemenangan itu.

    “Ia bermula dengan pertahanan, kami mahu menetapkan nada pada pertahanan dan kami mengehadkan mereka di bawah 100 (mata),” kata Brown kepada televisyen TNT. – AFP

    Pemain Boston (kanan) beraksi semasa perlawanan tersebut di TD Garden. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jasad Anna Gutu, malim gunung ditemui selepas setahun hilang

    KATHMANDU, 19 MEI - Sepasukan pendaki gunung telah mendapatkan mayat pendaki Amerika Syarikat (AS) dan malim gunung yang tertimbus dalam runtuhan salji di Gunung...