Monday, May 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Polis Turkiye tahan 363 suspek dadah

    ANKARA, 8 MEI – Polis Turkiye telah melancarkan operasi besar-besaran terhadap pengedar dadah di seluruh negara dan menahan 363 suspek, kata Menteri Dalam Negeri Turkiye, Ali Yerlikaya kelmarin.

    Dalam tindakan membanteras sindiket jenayah tempatan di seluruh negara, serta pengeluar dan pengedar dadah, operasi Narcocelik-15 telah dijalankan di 52 wilayah, termasuk Istanbul, Ankara, Izmir dan Antalya, kata Yerlikaya di platform media sosial X, tanpa menyatakan masa operasi itu.

    Polis merampas 217 kg dadah dan lebih 1.1 juta pil narkotik, katanya.

    Operasi itu melibatkan 936 pasukan polis, dan sejumlah 2,340 anggota bersama sembilan pesawat dan 38 anjing pengesan narkotik, tambahnya.

    “Perjuangan kami menentang pengedar dadah dan sindiket jenayah terancang yang meracuni rakyat kami akan diteruskan dengan sokongan dan doa yang tidak berbelah bahagi daripada negara kami. Mereka tidak boleh lari daripada kami, kami sentiasa berwaspada,” kata Yerlikaya. Turkiye telah lama dikenali sebagai negara transit untuk narkotik, tetapi kerajaan telah meningkatkan operasi menentang kumpulan dadah sejak tahun lalu. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    2 polis cedera, 1 maut akibat serangan beruang

    TOKYO, 19 MEI - Pihak berkuasa Jepun memberi amaran kepada penduduk supaya berwaspada dengan beruang liar di timur laut negara itu selepas beberapa orang...