Sunday, November 17, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS berjanji tiada pengusiran besar-besaran

    MEXICO CITY, 24 Feb – Pegawai-pegawai Amerika Syarikat (AS) menjanjikan Mexico bahawa tiada “pengusiran besar-besaran” atau menggunakan tentera bagi mengeluarkan penghijrah dalam usaha untuk menenangkan ketegangan terhadap ikrar daripada Presiden Donald Trump untuk mengambil tindakan tegas ke atas orang-orang yang secara tidak sah mendiami negaranya.

    Setiausaha Dalam Negeri AS, John Kelly dan Setiausaha Negara, Rex Tillerson mengadakan pertemuan bersama menteri-menteri Mexico yang menyuarakan “kebimbangan dan kejengkelan” terhadap pendirian tegas Trump itu ke atas perhubungan perdagangan dan migrasi bersama Mexico.

    Trump membangkitkan negara jiran selatan Amerika Syarikat itu dengan berikrar untuk membangunkan tembok di sepanjang sempadan untuk menghindarkan pendatang tanpa izin dan mengecap mereka dari Mexico sebagai perogol dan penjenayah ketika kempen presidennya.

    Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) pada Selasa lalu mengeluarkan arahan baru untuk meningkatkan penahanan dan pengusiran penghijrah tidak sah, kebanyakannya mereka dari Mexico.

    Tetapi Kelly menjanjikan pada sidang akhbar di Mexico City semalam bahawa “tidak akan terdapat, mengulangi, tiada pengusiran besar-besaran. Segala yang kami lakukan dalam DHS adalah dilakukan secara sah.”

    Ketika pengumuman itu disuarakan pada sidang akhbar di Mexico City, Mexico. – AFP
    Ketika pengumuman itu disuarakan pada sidang akhbar di Mexico City, Mexico. – AFP

    “Tidak ada penggunaan tentera bagi operasi imigresen,” tambahnya.

    Sebelumnya di Rumah Putih, Trump menggambarkan peningkatan pengusiran itu sebagai “operasi ketenteraan.”

    Tetapi jurucakapnya, Sean Spicer kemudian memberitahu sidang akhbar bahawa Trump menggunakan istilah “tentera” hanya “sebagai satu kata sifat” yang bermakna “efisien.”

    Atau Trump sendiri meletakkannya: “Kami akan menyingkirkan lelaki jahat dari negara ini, dan pada satu kadar yang tidak pernah dilihat seseorang pun sebelum ini.”

    Menteri Luar Mexico, Luis Videgaray, yang bertemu dengan Tillerson, mengulangi ikrarnya untuk tidak membenarkan AS mengenakan reformasi penghijrah secara ‘satu pihak’.

    “Terdapat kebimbangan dan kesukaran dalam kalangan Mexico mengenai apa yang dilihat sebagai dasar yang boleh menjejaskan bagi rakyat Mexico di Mexico dan di luar negara,” katanya.

    “Ia adalah perbezaan yang diketahui dan cara terbaik untuk menyelesaikannya adalah menerusi dialog jujur dan jelas.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda