Thursday, May 2, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    AS-Iraq bincang pelbagai isu dua hala

    WASHINGTON, 16 APRIL – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, kelmarin menjadi hos kepada pemimpin Iraq di Rumah Putih ketika pentadbirannya berusaha mengelak peningkatan dalam permusuhan Timur Tengah berikutan serangan udara Iran ke atas Israel pada hujung minggu.

    Perdana Menteri Iraq, Mohammed Shia al-Sudani, mengadakan lawatan untuk rundingan yang bertujuan memberi tumpuan terutamanya kepada hubungan AS-Iraq, yang telah dijadualkan sebelum serangan Iran.

    Namun pelancaran dron dan peluru berpandu pada Sabtu, termasuk beberapa yang terbang melintas di ruang udara Iraq dan negara lain yang dilancarkan dari Iraq oleh kumpulan yang disokong Iran, telah menekankan jurang hubungan antara Washington dan Baghdad.

    Bercakap pada permulaan mesyuarat di Pejabat Oval, Biden, menekankan bahawa AS tetap komited terhadap keselamatan Israel.

    “Perkongsian kami adalah penting untuk negara kita, Timur Tengah dan dunia,” kata Biden kepada al-Sudani, ketika pemimpin Iraq itu berkata perbincangan itu diadakan pada ‘masa yang tegang.’

    Biden (kanan), semasa bertemu al-Sudani di Pejabat Oval Rumah Putih di Washington pada 15 April. – AP

    Bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri Iraq, Muhammad Ali Tamim sebelum sesi Biden dengan al-Sudani, Setiausaha Negara, Antony Blinken berkata AS menggesa semua pihak mengelakkan peningkatan permusuhan.

    Tamim berkata bahawa kerajaan Iraq turut prihatin terhadap keadaan hidup penduduk di Timur Tengah pada masa ini dan berharap peningkatan permusuhan dan ketegangan di kawasan itu akan berakhir,” katanya.

    Peningkatan permusuhan yang berterusan itu telah menjadikan perbincangan AS-Iraq tentang kestabilan serantau dan penempatan tentera AS pada masa hadapan menjadi lebih kritikal dan terdesak.

    Rundingan itu juga memberikan tumpuan kepada isu ekonomi, perdagangan dan tenaga yang telah menjadi keutamaan utama bagi kerajaan Iraq.

    Biden memuji al-Sudani kerana berusaha mengukuhkan ekonomi Iraq. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Angka kematian lebuh raya runtuh di China meningkat kepada 36

    GUANGZHOU, 2 MEI - Angka kematian akibat sebahagian lebuh raya di wilayah Guangdong, selatan China runtuh meningkat kepada 36 orang, kata pihak berkuasa tempatan,...