Thursday, May 2, 2024
26.9 C
Brunei

    -

    Diana Danielle respons isu duit raya

    Duit raya merupakan satu budaya yang diamalkan oleh masyarakat Melayu di negara ini ketika menyambut aidilfitri.

    Namun, terdapat segelintir individu yang tidak berpuas hati dan mempertikaikan jumlah wang yang diberi.

    Isu tersebut turut mendapat perhatian penyanyi dan pelakon, Diana Danielle yang tampil memberi pandangan menerusi platfrom X.

    Memetik laporan OhBulan, Diana menganggap duit raya yang diberikan adalah satu bentuk sedekah dan bukanlah kewajipan.

    “Sekarang ini orang tak faham ke duit raya tu bukan wajib tapi ianya sedekah yang ikut keikhlasan dan kemampuan seseorang itu,” ujar Diana.

    Menurut Diana, duit raya yang diberikan adalah satu bentuk sedekah dan bukanlah kewajipan. – OhBulan

    Dalam pada itu, aktres berusia 32 tahun tersebut menyelar tindakan segelintir individu yang disifatkan tidak bersyukur ketika menerima duit raya.

    “Seringgit ke RM100 ke, enjoy je lah the festive gesture, nak rasa entitled dan menghakimi sangat dah kenapa?

    “Sampai kata kalau banyak ni baik tak payah bagi, apa kau ingat nafkah ke?” tulisnya.

    Pelakon filem Imaginur itu berkata dia malah teruja menerima duit raya daripada bapa saudaranya dan tidak pula memandang kepada nilai tetapi keikhlasan.

    Dalam pada itu, warganet berharap agar ibu bapa di luar sana menekankan nilai syukur dan adab kepada anak-anak mereka. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jeremiah Manele dipilih sebagai PM baharu Kepulauan Solomon

    HONIARA, 2 MEI - Menteri Luar Jeremiah Manele dipilih sebagai Perdana Menteri baharu Kepulauan Solomon oleh ahli Parlimen negara itu pada Khamis, umum Gabenor...