Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    AS kenakan sekatan visa baharu, semak semula hubungan dengan Georgia

    WASHINGTON, 24 MEI – Amerika Syarikat (AS) sedang mengenakan sekatan visa baharu dan menyemak semula hubungan dengan Georgia, kata Setiausaha Negara, Antony Blinken kelmarin, selepas ia meluluskan undang-undang ‘pengaruh asing’ ala Rusia yang mencetuskan bantahan besar-besaran.

    Dasar visa baharu itu “akan membabitkan individu yang bertanggungjawab atau terlibat dalam menjejaskan demokrasi di Georgia, serta ahli keluarga mereka,” kata Blinken dalam satu kenyataan.

    Beliau menambah Washington juga melancarkan “semakan menyeluruh terhadap kerjasama dua hala antara AS dan Georgia.”

    Rang undang-undang Georgia memerlukan pertubuhan bukan kerajaan dan saluran media yang menerima lebih daripada 20 peratus pembiayaan mereka dari luar negara untuk mendaftar sebagai badan yang ‘menggunakan kepentingan kuasa asing.’

    Penggubal undang-undang Georgia meluluskan undang-undang itu minggu lalu walaupun berlakunya bantahan besar-besaran, dengan pengkritik berkata langkah itu akan menutup mulut kumpulan pembangkang dan mengembalikan bekas republik Soviet itu kepada ke Rusia.

    Parti pemerintah Georgian Dream menegaskan ia komited untuk menyertai EU dan bertindak untuk meningkatkan ketelusan mengenai pembiayaan NGO. – AFP

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...