Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Thailand umpan monyet berkeliaran dengan buah tropika

    LOPBURI, 24 MEI – Bandar Thailand yang dibanjiri oleh monyet liar yang semakin bertambah telah membuat ‘serangan’ terhadap monyet-monyet tersebut hari ini dengan menggunakan tipu helah memberi makan buah-buahan tropika.

    Beberapa insiden yang menonjol baru-baru ini telah meyakinkan pihak berkuasa di Lopburi bahawa mereka perlu mengurangkan jumlah monyet.

    Jika semuanya berjalan lancar, monyet-monyet itu akan dikurung, sebelum memulakan kehidupan baharu di tempat lain.

    Peringkat pertama rancangan itu, yang dimulakan hari ini, adalah untuk mengumpan dengan makanan kegemarannya.

    Tahap pertama pelan itu, yang dimulakan hari ini, adalah dengan memasang perangkap yang mengandungi makanan kegemaran monyet.

    Monyet dikurung di atas trak selepas terperangkap di Wilayah Lopburi, utara Bangkok, Thailand. – AP

    Terdapat kejayaan awal untuk para penangkap di satu jalan, tiga monyet berhasil terpedaya dengan muslihat dan akhirnya terperangkap dek buah rambutan.

    Sangkar itu telah diletakkan di jalan pada awal minggu ini supaya monyet-monyet terbiasa dengannya dan merasa kurang terancam.

    Dianggarkan terdapat kira-kira 2,500 monyet berkeliaran di sekitar bandar.

    Tiga ekor monyet itu dan kira-kira 30 yang lain terperangkap di bahagian lain di bandar itu, sedikit sebanyak dapat mengurangkan jumlah populasi monyet.

    Usaha itu akan diteruskan selama lima hari pada bulan ini, kemudian berkemungkinan akan diulangi.

    Beberapa monyet akan dibiarkan bebas untuk mengekalkan imej Lopburi sebagai bandar monyet Thailand. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...