Saturday, July 27, 2024
32.3 C
Brunei

    -

    ASEAN usaha tingkatkan kesalinghubungan logistik dalam blok

    PHNOM PENH, 4 DIS – Persekutuan Persatuan Syarikat Penghantaran ASEAN (AFFA) mengadakan mesyuarat tahunan ke-33 baru-baru ini untuk membincangkan pemudahan pengangkutan barangan melalui kerjasama antara kerajaan di rantau itu.

    Pengerusi AFFA, Alvin Chua berkata kerajaan negara-negara ASEAN memberi keutamaan untuk membangunkan perkhidmatan logistik, tidak kira daripada segi infrastruktur atau strategi pemudahan perdagangan serta meningkatkan kesa-linghubungan sesama blok, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

    Beliau berkata AFFA telah menyaksikan kemajuan dalam pengangkutan kereta api dan multimodal seperti yang dilihat dalam pelaksanaan Koridor Perdagangan Darat-Laut Antarabangsa Baharu, yang menghubungkan banyak negara ASEAN dengan China.

    Koridor itu juga menggalakkan pengangkutan rel rentas negara, sekali gus meningkatkan kemungkinan menghubungkan anggota ASEAN dengan Eropah.

    Chua percaya dengan infrastruktur pengangkutan dan logistik sedia ada, terdapat keperluan segera untuk kerajaan ASEAN mempertimbangkan kesalinghubungan logistik yang lancar dalam blok itu sendiri.

    Kemasukan ASEAN Tariff Finder dalam platform digital AFFA, penciptaan program ASEAN Authorised Economic Operator dan promosi Sistem Transit Kastam ASEAN akan menyediakan persekitaran optimum untuk perdagangan rentas sempadan dalam kalangan negara-negara anggota.

    Sementara itu, pemimpin AFFA berkata sistem pembayaran rentas sempadan yang dilancarkan baru-baru ini dapat mempercepatkan integrasi kewangan dan membantu blok itu bergerak lebih dekat kepada sasaran kesalinghubungan ekonomi.

    Bercakap kepada VNA, naib pengerusi Persatuan Perniagaan Logistik Vietnam (VLA), Dao Trong Khoa berkata pembangunan mampan dan transformasi digital adalah trend semasa yang mendapat perhatian daripada AFFA. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...