Friday, December 27, 2024
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Asteroid bersaiz pencakar langit melintasi Bumi

    FLORIDA, 2 FEB – Asteroid bersaiz pencakar langit melintas dalam jarak 1.7 juta batu dari Bumi hari ini.

    Jangan risau: Tiada peluang untuk ia mengenai kita kerana ia akan melepasi tujuh kali jarak dari Bumi ke bulan.

    Pusat Kajian Objek Berdekatan Bumi NASA menganggarkan batu angkasa itu adalah antara 690 kaki dan 1,575 kaki lebar. Ini bermakna saiz asteroid itu mungkin serupa dengan Bangunan Empire State New York City atau Menara Willis Chicago.

    Ditemui pada tahun 2008, asteroid itu dikenali sebagai OS7 2008. Ia tidak akan kembali semula sehingga tahun 2032, tetapi ia akan menjadi pertemuan yang lebih jauh, berada sejauh 45 juta batu.

    Lintasan yang tidak berbahaya itu adalah salah satu daripada beberapa pertemuan minggu ini. Tiga asteroid yang jauh lebih kecil juga akan melintas tanpa membahayakan bumi hari ini, tidak lebih daripada puluhan ela (meter) lebarnya, dengan dua lagi esok. – AP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda