Sunday, October 20, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Asya B anggap dikecam masuk M’sia sebagai cabaran

    Penyanyi asal Singapura, Asya B meluahkan rasa terkejut apabila luahan mahu melebarkan karier seni di Malaysia tidak mendapat respon postif masyarakat negara itu.

    Asya atau Nurasya Abdul Rahim, 34, bagaimanapun berlapang dada dengan kritikan tersebut kerana menganggap ia cabaran perlu ditempuh sebagai artis.

    “Ada bertanya saya tak boleh cari makan di Singapura ke sampai nak datang ke Malaysia? Sejujurnya saya tak jangka dapat kritikan sebegitu tapi saya terima perkara itu dengan hati terbuka.

    “Lagipun saya sedar yang saya berada di negara orang… Jadi perlu jaga akhlak dan menghormati penduduk di Malaysia,” katanya kepada mStar.

    Dalam pada itu, Asya memberitahu walaupun permulaan dalam bidang muzik agak lambat namun dia mempunyai banyak pengalaman sebagai penyanyi. Malah Asya pernah bekerja di sebuah kelab di Singapura sebagai penyanyi.

    “Saya sebenarnya sudah mula menyanyi sejak zaman sekolah dengan menyertai pasukan koir. Dari situ saya belajar tentang teknik pernafasan dan nyanyian. Malah saya pernah sertai pasukan orkestra dan selepas tamat persekolahan saya bekerja separuh masa sebagai penyanyi di kelab malam atau pub,” ujarnya.

    Sementara itu, Asya meluahkan rasa teruja apabila dapat bekerjasama dengan penyanyi dan komposer Zul 2 by 2 menerusi single Sayang Padamu.

    Jelas Asya, lagu berkenaan adalah gubahannya sendiri ketika berusia 16 tahun dan Zul mencantikkan susunannya sebelum dilancarkan sebagai single rasmi.

    “Asalnya saya masuk live TikTok Zul dan daripada situ kami kenal… Apabila Zul bertanya sama ada saya ada lagu sendiri, ketika itulah saya serahkan Sayang Padamu kepadanya. Respon awal, dia kata lagu saya buat tu bagus. namun Zul mencantikkan gubahan asal dan saya terus jatuh cinta dengan lagu ciptaan saya sendiri,” katanya.

    Sayang Padamu nyanyian Asya sudah pun dilancarkan pada September lalu di semua platform penstriman. – Agensi

    Asya pernah terima kecaman daripada netizen Malaysia. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda