Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Thiago, Matip bakal tinggalkan Anfield

    LONDON, 17 MEI – Thiago Alcantara dan Joel Matip akan meninggalkan Liverpool apabila kontrak masing-masing tamat pada akhir musim, umum kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu hari ini.

    Pemain antarabangsa Sepanyol, Thiago, 33, menyertai Liverpool dari Bayern Munich dengan harga AS$25 juta pada 2020, namun kecederaan telah mengehadkan penampilannya kepada hanya 98 perlawanan, termasuk hanya satu pada musim ini.

    “Sebelum dia datang ke Liverpool, saya percaya bahawa jika awda benar-benar mencintai bola sepak, ia menyeronokkan untuk menonton Thiago Alcantara bermain,” kata pengurus Jurgen Klopp, yang juga akan meninggalkan kelab itu pada penghujung musim.

    “Secara teknikal, dia sangat bagus. Seorang yang berbakat yang boleh bermain dalam mana-mana pasukan di dunia dan merupakan satu keistimewaan untuk bermain bersama kami,” ujar Klopp.

    Tambahnya lagi, “Saya tahu kecederaan menjadi kekecewaan baginya dan juga untuk kami, tetapi tahap permainan yang dia mampu capai ketika bermain adalah luar biasa. Inilah yang akan saya kenang.”

    Sementara itu, pertahanan tengah, Matip, 32, telah menghabiskan lapan tahun di Liverpool selepas menyertai perpindahan secara percuma dari Schalke, membantu kelab tersebut memenangi pelbagai trofi termasuk Liga Juara-Juara dan EPL.

    Bekas pemain antarabangsa Cameroon itu, yang telah membuat 201 penampilan, adalah antara pemain pertama Klopp.

    Matip tidak bermain sejak kecederaan ligamen anterior cruciate ketika menentang Fulham pada awal Disember.

    “Sepanjang saya terlibat dalam bola sepak, saya tidak pasti saya pernah menemui ramai pemain yang lebih disayangi daripada Joel Matip. Saya tidak ada apa-apa untuk dikatakan sesuatu yang buruk tentangnya,” kata Klopp. – AFP

    Matip ketika beraksi semasa perlawanan EPL di stadium Stamford Bridge di London. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...