Thursday, February 6, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Atta Halilintar, Aurel Hermansyah sudah edar kad kahwin?

    Personaliti media sosial Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah dikhabarkan akan melangsungkan majlis perkahwinan mereka dalam masa terdekat.

    Menjawab persoalan tersebut, rakan baik kepada Atta iaitu Sunan Kalijaga berkata bintang YouTube itu ada membincangkan mengenai perkara tersebut.

    “Minggu lalu saya ada bertanya… melalui panggilan telefon saya tanya dia kenapa sudah ada foto pre-wedding tapi saya masih belum dijemput ke majlis.

    “Jawab Atta, nanti dulu… apabila semuanya sudah bersedia dia akan maklumkan,” ceritanya.

    Dalam pada itu, Sunan mengakui gembira jika Atta dan Aurel mendirikan rumah tangga kerana kedua-duanya memiliki keserasian bersama.

    “Saya pasti semua orang akan berbahagia kerana bernikah itu salah satu kewajiban dalam Islam dan harus disegerakan. Kalau rasa itu adalah jodoh ya lebih baik disegerakan.

    “Walaupun saya tidak terlalu tahu mengenai hubungan mereka tapi saya melihat mereka sesuai, saling melengkapi antara satu sama lain,” ujarnya.

    Ditanya adakah benar khabar angin pasangan ini akan mengadakan majlis perkahwinan di Bali, Sunan berkata dia masih belum dapat mengesahkan berita tersebut.

    “Saya belum dapat maklumat tentang itu lagi… kebetulan sekarang ini masih COVID-19, jadi agak susah untuk orang datang meraikan.

    “Atau boleh jadi yang akan di undang hanya keluarga, saya tak pasti kerana saya bukan keluarganya,” katanya. – Agensi

    Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah dikhabarkan akan berkahwin dalam masa terdekat.
    – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda