Monday, April 28, 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aurel mahu anak lelaki, cemburu dua anak perempuan rapat dengan suami

    Penyanyi Indonesia, Aurel Hermansyah meluahkan hasrat ingin memiliki cahaya mata lelaki pada masa hadapan.

    Memetik laporan mStar, Aurel, 27, berkata perkara itu terlintas di mindanya selepas cemburu melihat keakraban dua puterinya iaitu Ameena dan Azura yang jauh lebih rapat dengan bapa mereka.

    “Ya, anak-anak sangat rapat dengan bapa mereka kerana seorang gadis sangat terikat dengan bapanya.

    “Jadi kadang kala saya merasakan diri saya ini tidak laku pula.

    “Sebab itu saya teringin sangat nak dapat anak lelaki selepas ini,” katanya.

    Aurel berhasrat dapat anak lelaki suatu hari nanti. – mStar

    Bagaimanapun, Aurel memberitahu dia tidak tergesa-gesa untuk merealisasikan hasrat tersebut kerana mahu dua anaknya itu membesar terlebih dahulu.

    “Saya benar-benar mahu cuba hamil lagi, tapi bukan sekarang sebab biarlah Ameena dan Azura membesar dahulu,” jelasnya.

    Dalam pada itu, Aurel tidak menafikan perkara tersebut sedikit sebanyak membuatkan dia berasa sedih.

    Tambah isteri kepada Atta Halilintar itu, dia sehingga berasa emosi apabila anak-anak tidak rapat dengannya.

    “Perkara tersebut buat saya berasa sedih. Kadang-kadang saya suka beremosi,” ujarnya.

    Untuk rekod, Aurel dan Atta, 30, berkahwin pada 2021 dan pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Ameena, 3 dan Azura yang kini berusia 1 tahun. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda