Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Australia, New Zealand sumbang bantuan kewangan kepada PNG

    WELLINGTON, 28 MEI – Australia dan New Zealand telah berjanji untuk memberikan bantuan bernilai jutaan dolar kepada Papua New Guinea (PNG) susulan tanah runtuh yang membawa maut, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Beberapa kampung di wilayah Enga terjejas apabila sebahagian gunung runtuh pada awal pagi Jumaat lalu di kawasan pedalaman terpencil di tanah tinggi PNG.

    Agensi bencana PNG menyatakan lebih daripada 2,000 orang mungkin tertimbus di bawah runtuhan.

    Timbalan Perdana Menteri New Zealand, Winston Peters, hari ini menyatakan bahawa kerajaan telah meluluskan tawaran bantuan praktikal dan kewangan, bernilai kira-kira AS$923,000 untuk membantu respons itu.

    “Tanah runtuh di Wilayah Enga di PNG adalah satu tragedi yang amat menyayat hati.

    Gambar menunjukkan orang ramai menggali di tapak tanah runtuh di kampung Mulitaka di wilayah Maip Mulitaka, di Wilayah Enga, Papua New Guinea. – AFP

    Ingatan kami kekal dengan semua yang terjejas secara langsung dan rakyat serta kerajaan PNG,” tulis Peters di platform media sosial X.

    “Jenis bantuan kami akan berdasarkan keperluan komuniti yang terjejas, seperti yang ditentukan melalui perbincangan berterusan dengan pihak berkuasa PNG,” tambah Peters.

    Semalam, Timbalan Perdana Menteri Australia, Richard Marles berkata negara itu akan menyediakan bantuan kemanusiaan awal sebanyak AS$1.6 juta.

    “Sebagai negara jiran dan sahabat, kami akan melakukan segala yang kami mampu untuk memberi sokongan,” catatnya di X.

    Pasukan Pertahanan Australia bekerjasama rapat dengan rakan sejawatnya di PNG, kata Marles.

    “Kerja-kerja itu merupakan satu lagi demonstrasi perkongsian erat antara negara dan tentera kami.” – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...