Saya amat terkejut apabila menerima satu kandungan yang tidak bermoral di dalam Telegram baru-baru ini.
Kandungan tersebut memaparkan iklan dan perbualan tentang kegiatan maksiat dalam negara.
Antara kandungannya adalah gambar-gambar lucah, bayaran perkhidmatan, lokasi pertemuan dan banyak lagi. Lebih memeranjatkan lagi apabila ia melibatkan orang-orang muda dan mungkin anak-anak sekolah.
Saya sangat terkejut dan khuatir seandainya aktiviti sedemikian jika dibiarkan boleh meruntuhkan akhlak dan anak-anak kitani.
Sebagaimana kita ketahui, Telegram kurang mempunyai kawalan ke atas kandungan yang dikongsikan.
Oleh itu saya cadangkan agar pihak berkuasa memantau lebih ketat aktiviti sedemikian. Paling bagus sekiranya Telegram dilarang penggunaannya di negara ini.
Saya juga mencadangkan agar para ibu bapa turut memantau pergaulan anak-anak dalam media sosial khususnya di Telegram agar tidak turut terjebak dengan aktiviti tidak bermoral seperti ini.
Mama Asta
