Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Azerbaijan dakwa Armenia serang tentera di Nakchivan

    ISTANBUL, 25 FEB – Azerbaijan hari ini mendakwa bahawa Armenia melepaskan tembakan ke arah kedudukan tenteranya di Wilayah Autonomi Nakhchivan.
     
    Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan Azerbaijan, tentera Armenia melepaskan tembakan berhampiran penempatan Heydarabad pada 9:40 malam (waktu tempatan) kelmarin.
     
    Bagaimanapun, kenyataan itu tidak mendedahkan butiran lanjut, lapor agensi Anadolu.
     
    Hubungan antara Azerbaijan dan Armenia tegang sejak 1991 apabila tentera Armenia menduduki Nagorno-Karabakh, sebuah wilayah yang diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai sebahagian daripada Azerbaijan.
     
    Azerbaijan membebaskan sebahagian besar wilayah itu semasa perang pada musim luruh 2020 dan ia berakhir dengan perjanjian damai dengan Rusia bertindak sebagai perantara. – Bernama
     
    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...