Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Mahkamah tolak rayuan wanita Britain dilucut kerakyatan

    LONDON, 25 FEB – Seorang wanita yang berkunjung ke Syria semasa remaja untuk menyertai kumpulan Islamic State (IS) telah gagal dalam rayuannya Jumaat lalu terhadap keputusan kerajaan Britain untuk membatal kerakyatan Britainnya, dengan hakim mengatakan mereka tidak berhak memutuskan sama ada keputusan itu ‘menyalahi undang-undang’ atau tidak.

    Shamima Begum, yang kini berusia 24 tahun, berusia 15 tahun ketika dia dan dua gadis lain melarikan diri dari London pada Februari 2015 untuk berkahwin dengan pejuang IS di Syria pada masa program pengambilan dalam talian kumpulan itu mempengaruhi ramai orang muda menyokong pemerintahan khalifah yang diisytiharkan pejuang tersebut.

    Begum berkahwin dengan lelaki Belanda yang berjuang untuk IS dan mempunyai tiga orang anak, yang semuanya telah meninggal dunia.

    Pihak berkuasa menarik balik kewarganegaraan Britain yang dimilikinya sejurus selepas dia muncul di kem pelarian Syria pada 2019, di mana dia tinggal sejak itu. – AP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...