Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    KBS tambah baik Kod Sukan Selamat

    PUTRAJAYA, 25 FEB – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengambil langkah proaktif untuk menambah baik Kod Sukan Selamat bagi memastikan isu tajaan acara sukan oleh syarikat rokok dan vape tidak berulang pada masa hadapan.

    Menterinya, Hannah Yeoh berkata kementerian bertegas tidak akan berkompromi dengan isu berkenaan kerana ia mampu mendatangkan kebimbangan kepada banyak pihak terutamanya ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka menyertai aktiviti sukan.

    “Kita sedang melihat dalam pindaan Kod Sukan Selamat untuk masukkan perkara ini (tidak membenarkan penajaan rokok dan rokok elektronik dalam program sukan) berpandukan Kementerian Kesihatan Malaysia kerana akta itu berada di bawah mereka.

    “Tetapi kita boleh gunakan kuasa sebagai pemilik fasiliti sukan dan aktiviti contohnya di gelanggang futsal atau perbadanan stadium kita (untuk) tidak benarkan (sebarang penajaan rokok atau rokok elektronik),” katanya kepada pemberita selepas melepaskan 68 peserta kategori elit lelaki pada Piala Triatlon Asia 2024 di Kompleks Sukan Air Putrajaya di sini, hari ini.

    Kod Sukan Selamat merupakan garis panduan mengenai persekitaran sukan yang selamat, selain menekankan peranan dan tanggungjawab semua pihak dalam menangani sebarang bentuk gangguan serta penderaan dalam sukan. – Bernama

    Hannah Yeoh melihat aksi peserta kategori elit lelaki pada Piala Triatlon Asia 2024 yang berlangsung di Kompleks Sukan Air Putrajaya kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...