Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Aznil gembira lihat Zamani semakin pulih

    Perasaan gembira pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi terhadap perkembangan kesihatan Zamani yang semakin pulih daripada pembedahan, sukar digambarkan.

    Aznil yang bertanggungjawab mengumpul dana bagi membiayai pembedahan tulang belakang Zamani akibat penyakit skoliosis, awal bulan lalu, menitiskan air mata apabila menonton penampilan pertama Zamani di sebuah pusat beli-belah di ibu kota, malam kelmarin.

    Menerusi video yang dimuat naik Aznil atau mesra disapa Pak Nil di TikTok, Zamani dilihat berada di atas pentas membuat persembahan menghiburkan peminat.

    Nyanyian Zamani ternyata mendapat sambutan peminat yang hadir memenuhi setiap ruang.

    “Terima kasih Allah kembalikan kesihatan dan keadaan fizikalnya seperti dahulu. Menitis air mata gembira menonton persembahan pertama Zamani selepas pembedahan.

    “Kurang dari sebulan selepas pembedahan dilakukan,” luah Aznil.

    Video itu mendapat hampir 14,000 tanda suka dan lebih 500 komen.

    Zamani menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang yang melengkung akibat penyakit skoliosis di sebuah pusat perubatan di Cheras pada 7 November lalu.

    Zamani dibenarkan keluar selepas tiga hari pembedahan dan menjalani rawatan pemulihan di rumah. – Agensi

    Zamani menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang akibat penyakit skoliosis pada 7 November lalu. – Agensi
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...