Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Azri, Ellie kehilangan sahabat baik

    Pelakon Azri Iskandar dan Ellie Suriaty turut hadir memberi penghormatan terakhir pada sahabat baiknya yang juga aktor Allahyarham Badrul Muhayat di Masjid Al-Hidayah, Sentul, di sini, pagi ini.

    Azri dan Ellie hadir pada jam 8 pagi itu berkata, mereka sangat terkejut dengan berita pemergian Allahyarham Badrul, namun reda atas ketentuan Ilahi.

    “Jujurnya, saya terkejut sebab sepatutnya saya telefon arwah dalam sehari dua ini sebab nak bertanya mengenai rumah yang diperoleh daripada Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN).

    “Saya dapat tahu arwah tidak duduk di situ, jadi saya nak minta tinggal di rumah ini. Namun, saya terkejut apabila diberitahu arwah sudah tiada.

    “Saya tahu arwah ada penyakit kencing manis, tapi sudah sembuh. Tapi, Allah lebih mengetahui, arwah pergi pun dengan tenang, tidak terlantar di hospital dan sebagainya.

    “Arwah adalah rakan yang tak pernah melupakan saya. Setiap kali perayaan, arwah tak pernah lupa hubungi saya.

    “Beliau sangat berbudi bahasa dan kawan yang baik. Setiap kali, keluarkan produk arwah datang ke rumah saya untuk menjual jus buah dan sambal,” kata Azri kepada BH Online.

    Azri berkata, arwah juga pernah tidur rumahnya bila ‘shooting’ lambat habis.

    “Saya rasa seperti satu kehilangan besar. Selama ini, saya ada kawan sebaya, tapi arwah sudah pergi dahulu, tetapi saya reda dan terima hakikat,” katanya. – Agensi

    Azri dan Ellie menyifatkan arwah Badrul seorang yang sangat baik, tak lupa rakan dan senang bekerjasama. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...