Friday, May 17, 2024
28.7 C
Brunei

    -

    Exists tawar tiket mampu milik

    Selepas lama tidak mementaskan konsert di Borneo, kumpulan Exists yang mula mencipta populariti sejak era 1990an, bakal menghiburkan peminat di Sabah dan Sarawak pada 17 dan 30 Disember depan melalui siri Konsert Exists Borneo Tour.

    Penganjur acara dan Pengarah Urusan Menara Network, Datuk Ab Razif Asmuni, berkata penganjuran Konsert Exists Borneo Tour bakal mengubat kerinduan peminat kepada kumpulan muzik itu di Sabah dan Sarawak.

    “Saya berharap, penganjuran konsert ini dapat menyajikan persembahan dan hiburan terbaik untuk penduduk Sabah dan Sarawak. Lebih menarik, harga tiket yang ditawarkan adalah mampu milik.

    “Saya harap konsert ini dapat mengubat kerinduan peminat Exists di Sabah dan Sarawak yang sudah menantikan kehadiran mereka,” katanya.

    Konsert Exists Borneo Tour di Sabah dan Sarawak bakal menyaksikan anggota kumpulan Exists iaitu Ezad Lazim, Ajai, Along, Ujang dan Musa menghiburkan peminat.

    Kumpulan Exists yang mula mencipta populariti sejak era 1990an, bakal menghiburkan peminat di Sabah dan Sarawak. – mStar

    Lebih menarik, beberapa lagu Exists akan diberi sentuhan nafas baharu dengan lebih 20 lagu akan dipersembahkan pada konsert itu.

    Teruja dengan peluang diberi penganjur, vokalis Exists, Ezad berkata, mereka sudah lama menyimpan hasrat mementaskan konsert di Sabah dan Sarawak.

    “Saya tidak ingat bila kali terakhir buat konsert di Sabah atau Sarawak, rasanya sudah lebih 20 tahun.

    “Kalau pergi seorang dan persembahan kecil memang pernah, namun konsert berskala besar seperti ini sudah lama tiada. Kesempatan ini membuatkan kami teruja.

    “Apabila dapat peluang sebegini, kami perlu ambil. Kami mahu jumpa peminat. Mereka sudah lama menantikan kehadiran kami di Borneo. Saya harap semuanya lancar dan dipermudahkan,” katanya pada sidang media Exists Borneo Tour di Hard Rock Cafe di ibu negara, Rabu lalu. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    12 terbunuh dipancar kilat di India

    NEW DELHI, 17 MEI - Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beberapa lagi mangsa cedera, kelmarin akibat dipanah petir di Bengal Barat, di timur India,...