Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Baginda Sultan akan berangkat ke Dubai, UAE

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 NOV – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan berangkat ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi menghadiri Sidang Kemuncak Iklim Dunia yang akan diadakan pada 1 hingga 2 Disember semasa Persidangan ke-28 Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (COP 28).

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga dijangka akan berangkat menghadiri Sidang Kemuncak Iklim Dunia bersama ketua-ketua negara dan kerajaan yang lainnya.

    Sidang kemuncak tersebut, yang juga merupakan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia buat julung kalinya menghadiri peringkat tertinggi COP, mengalu-alukan para pemimpin dunia untuk membentangkan perkembangan dan aspirasi dalam semua tunggak Perjanjian Paris, sekali gus menjana momentum dan bimbingan bagi acara-acara lain yang dianjurkan semasa COP ini.

    Selaku hos bagi COP 28, UAE akan memfokuskan kepada empat peralihan paradigma, iaitu mempercepatkan peralihan tenaga dan mengurangkan pengeluaran gas sebelum tahun 2030; melaksanakan transformasi kewangan iklim, dengan memenuhi sasaran sebelum ini dan membentuk rangka kerja untuk perjanjian baharu dalam kewangan; mengetengahkan fokus utama kepada persekitaran, penduduk, nyawa dan kehidupan sebagai tumpuan dalam tindakan iklim; dan mengerahkan COP menjadi sesi yang paling inklusif.

    Seorang penduduk UAE bersiar-siar bersama anaknya. KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah akan berangkat ke Dubai, UAE bagi menghadiri Sidang Kemuncak Iklim Dunia COP 28. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...