Tuesday, February 4, 2025
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Baginda Sultan, Baginda Raja Isteri akan berangkat ke Arab Saudi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 APRIL – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha akan berangkat ke Arab Saudi pada 9 April nanti.

    Negara Brunei Darussalam dan Arab Saudi menikmati hubungan diplomatik yang mesra sejak terjalinnya pada 1 Julai 1987, yang meliputi kerjasama dalam bidang hal ehwal agama; haji dan umrah; urusan visa; ekonomi dan tenaga.

    Keakraban ini dapat dilihat melalui beberapa siri keberangkatan yang lalu, antaranya, Keberangkatan Negara Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke Arab Saudi pada bulan Januari 1999 dan kali terakhir Baginda berangkat ke Arab Saudi adalah bagi menghadiri Arab Islamic – American Summit pada bulan Mei 2017 yang dihoskan oleh negara berkenaan.

    Manakala Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud, Penjaga Dua Masjid Suci dan Raja Arab Saudi juga pernah berangkat mengadakan lawatan ke Negara Brunei Darussalam pada bulan Mac 2017.

    Gambar fail KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan mengalu-alukan keberangkatan tiba KDYMM Raja Salman yang mengadakan lawatan negara ke Negara Brunei Darussalam pada Mac 2017. Berangkat sama ialah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah. – Gambar oleh Infofoto
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda