Thursday, April 24, 2025
26 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bagnaia juara MotoGP Indonesia

    LITAR ANTARABANGSA PERTAMINA MANDALIKA STREET, INDONESIA, 16 OKT – Francesco Bagnaia dari Itali mencipta kejayaan di MotoGP Indonesia kelmarin dengan persembahan menakjubkan yang membawanya kembali ke puncak kedudukan kejuaraan selepas saingan utamanya, Jorge Martin, tersingkir.

    Maverick Vinales (Aprilia) menduduki tempat kedua di belakang bintang Ducati berusia 26 tahun itu dengan Fabio Quartararo (Yamaha) di tempat ketiga dalam saingan di litar Mandalika di pulau peranginan Indonesia, Lombok.

    Bagnaia yang mempamerkan persembahan memukau, melonjak dari tempat ke-13 ke kedudukan teratas seterusnya menaiki podium selaku juara selepas empat pusingan pertama, enggan membiarkan Martin dari Pramac menghukumnya kerana prestasi buruk ketika sesi latihan dan kelayakan.

    Ia dijangka menjadi persaingan yang sengit buat Martin selepas memenangi perlumbaan pecut semalam apabila menguasai peringkat awal perlumbaan.

    Namun ia bertukar menjadi mimpi ngeri bagi pelumba Sepanyol berusia 25 tahun itu apabila dia terbabas pada pusingan ke-14 ketika dia berpeluang menjuarai perlumbaan berkenaan.

    Vinales memberikan tekanan kepada Bagnaia pada peringkat akhir selepas dilanggar, hampir mengejar pemimpin perlumbaan dengan jurang empat persepuluh saat sahaja.

    Namun, penunggang Itali yang dikenali dengan pertahanan cemerlangnya mampu menamatkan perlumbaan untuk membalikkan keadaan berbanding Martin, membuka jurang sebanyak 18 mata dengan hanya tinggal lima hujung minggu perlumbaan, justeru mencetuskan sambutan hebat di garajnya. – AFP

    Bagnaia meraikan kejayaan bersama trofi kemenangan dalam MotoGP Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika di Kuta Mandalika, Lombok Tengah pada 15 Oktober. – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda